naffnang add

Monday, August 1, 2011

KELEBIHAN URUT

Apa sebenarnya manfaat dari menerima rawatan atau terapi urut ini? Menurut kajian, urut boleh
- mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
- meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
- memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
- mengurangkan bengkak dan kram
- merehatkan dan menghilangkan keletihan
- membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
- mengurangkan migrain
Penyelidikan berterusan menunjukkan manfaat besar dari sentuhan untuk penyakit-penyakit kronik, gangguan saraf, luka dan juga untuk mengurankan ketegangan gaya hidup moden. Banyak hospital kita menggabungkan urutan bahkan Spa untuk merawat pesakit selepas pembedahan atau sebahagian daripada proses pemulihan.
Topik kali ini agak pendek sebagai pengenalan kepada urutan. Terdapat pelbagai jenis urut yang akan dibincangkan dalam topik akan datang. :D

No comments:

Post a Comment